Bisnes Shaklee Online Untuk Orang Muda Yang Tak Nak Terkurung Dengan Sistem Gaji

Kisah terbaru saya tentang bisnes Shaklee. Kali ni berkenaan sesuaikah bisnes Shaklee pada orang muda.

Minggu lepas, seorang rakan bisnes saya bercerita. Ada pasangan suami isteri muda. Kedua- duanya adalah doktor.

Mereka masih minta duit dari mak ayah untuk beli rumah pertama mereka. Padahal dengan gaji seorang doktor sudah jauh lebih tinggi dari kebanyakan jawatan lain.


cara mula bisnes shaklee
Salah seorang ibu yang berminat untuk mulakan bisnes Shaklee dari rumah.


Kalau tahun awal 2000 dulu, student yang graduate mudah nak dapat kerja. Lepas kerja 2-3 tahun dah layak untuk lulus pinjaman rumah. Jadi kalau kahwin boleh la duduk rumah sendiri.

Saya sendiri beli rumah pada umur 25 tahun. Rumah semi D, corner lot dengan harga RM 173,000.00. Walaupun masa tu harga dah naik tapi gaji saya masih layak untuk lulus. Gaji kasar masa tu hanya RM 3,300.00.

Masatu dah kerja 3 tahun di beberapa syarikat.

Tapi sekarang tak sama. Jurang gaji dan kos sara hidup jadi sangat jauh. Tangga gaji masih sama macam dulu tapi kos ekonomi dah melonjak.

Sampaikan tak ada peluang orang muda nak rasa duduk rumah sendiri.

Jadi ramai orang muda yang terpaksa lupakan niat nak beli rumah sebab gaji tidak cukup.

Anda tahu tak jika anda buat Shaklee dengan serius selama 3-5 tahun, income anda boleh mencecah 6 angka. 

Dan ia bukan sesuatu yang pelik dalam bisnes Shaklee.


Apa Bisnes Shaklee Offer Pada Orang Muda Yang Nak Ekonomi Yang Lebih Baik ?


Bila masuk ke umur tengah 20 an, majoriti akan berkahwin dan hidup berkeluarga. Kos hidup bertambah dengan cepat.

Sewa rumah, beli kereta, barang dapur, beli handphone, talian internet dan kos berkaitan anak. Tengok handphone saja pun dah harga beribu.

Ini semua 'Lifestyle' orang muda zaman sekarang dan ia tak salah jika mampu. Cuma kita terhad kerana kita terperangkap dengan sistem gaji yang tidak adil.

Jadi,

Bisnes Shaklee ialah jalan terbaik untuk anda bina kewangan dengan cepat dan kukuh.

Dengan produk berkualiti dan sistem bisnes yang terbukti berkesan, ramai golongan muda sudah berjaya memiliki hidup yang berbeza dari orang lain. Bayangkan pada umur 24 tahun seorang doktor sudah ada pendapatan RM35,000 sebulan dengan Shaklee.

Dan bisnes Shaklee sudah buktikan ianya kukuh dan berjaya sejak 60 tahun dulu.

bisnes shaklee online
Saya aktif melatih Pengedar Shaklee untuk bina 'income' yang besar.

Tahun 2013, Shaklee Mengubah Hidup Kami

Saya memang dah tak percaya dengan sistem MLM. Sebab saya dah melihat jatuh bangun lebih dari 20 jenis MLM dari kaca mata seorang anak.

Saya membesar dengan bisnes MLM ayah saya. Beliau menjadikan MLM sebagai side income dan pernah dapat pendapatan beribu ringgi sebulan.

Tapi malangnya bisnes ini tidak kekal atas bermacam sebab.

Jadi bila isteri cakap nak buat bisnes Shaklee saya jadi acuh tak acuh saja. Sebab tak percaya. Tapi saya izinkan saja.

Bulan pertama saya tak ambil kisah sangat. Bulan ke-2 dia bagitahu bonus dapat RM 300. Bulan ke-3 RM 600.

Tapi bila bulan ke-4 dapat dekat RM 2000. Banyak jugak tu. Saya pun mula rasa nak siasat. Betul ke bisnes Shaklee boleh pergi jauh.

Saya ikut masuk dalam program yang Shaklee buat. Kebanyakannya pasal produk. Yang bercakap tu Nutritionist sendiri. Lain dari MLM lain yang asyik cerita bab bisnes saja.

Lepas beberapa kali ikut, saya perasan ada satu benda yang tak ada pada bisnes MLM yang saya pernah ikut sebelumni.

Saya tengok produk Shaklee sangat berkualit. Sampai boleh bagi jaminan ia berkesan. Kalau dulu syarikat setakat cerita kelebihan saja. Tak mendalam.

Saya terkejut bila Shaklee adalah pencipta multivitamin pertama di dunia. Kos penyelidikan produk saja sampai USD 300 juta. Asset penyelidikan pulak sampai RM 500 juta.Itu dah kira billion ringgit dah.

Jadi padanla vitamin Shaklee ni popular sangat. Dari zaman mak lagi dah biasa dengar.

Sejak saya sedar saya mula sama- sama buat bisnes Shaklee dengan isteri. 6 bulan lepas itu, bonus Shaklee kami lebih banyak dari gaji saya sebagai seorang Project Manager.


Sesuaikah Bisnes Shaklee Untuk Orang Muda ?

Sangat sesuai. Orang muda hidup dalam zaman teknologi siber yang laju. Berita tersebar sangat cepat.

Boleh bisnes tanpa jumpa orang seperti guna blog, Facebook dan Instagram. Shaklee pun ada sistem online. Anda boleh pilih untuk berbisnes guna handphone saja.

Jadi cara buat bisnes Shaklee pun dah berbeza berbanding dulu.

Ramai orang muda suka jual skin care dan fashion sebab ia nampak mudah.

Memang awal- awal nampak mudah tapi ramai buntu kenapa lepas tu macam dah tak ada orang nak beli.

Ke mana perginya permintaan tinggi sebelum ni ?

Anda nampak tak ? Ini adalah ciri- ciri bisnes yang bermusim. Sekejap popular lepas tu hilang.

Sebab itu memilih bisnes bukan macam memilih baju untuk dipakai hari itu saja. Puas dipakai lepastu boleh dibuang.

Masa yang kita laburkan menjadi sia- sia bila bisnes itu kurang tepat. Saya tak kata bisnes lain tidak bagus tetapi dari kacamata saya, bisnes Shaklee adalah yang terbaik.

Lihat saja kajian yang dilaporkan dalam berita beberapa bulan lepas. Golongan muda sekitar umur 30 an mula peka dengan tahap kesihatan mereka.

Permintaan makanan kesihatan semakin naik. Mereka nak sihat dan nak cergas. Mereka nak gaya hidup aktif dan ada kesihatan yang baik. Dan trend ni akan semakin naik di masa depan.

Jadi, bisnes Shaklee menawarkan produk jenis keperluan gaya hidup masa depan. Bukan pilihan seperti baju baru atau pewangi.

Dan kajian membuktikan manusia perlukan vitamin. Tidak ada pilihan kerana kita hidup dalam pencemaran dan zaman kualiti makanan yang sangat teruk.

Bagus tak kalau pelanggan kita membeli setiap bulan selama bertahun- tahun ? Itu perkara biasa dalam bisnes Shaklee sebab produk Shaklee tiada tandingan.

Semakin lama amal semakin sihat dan muda.

Ini hasil kajian ratusan juta USD dari Shaklee Corporation. Dan bisnes Shaklee sudah bertahan lebih dari 60 tahun.

Maksudnya Shaklee sudah jumpa 6 kali kejatuhan ekonomi dunia tapi masih mampu bangkit dan bertahan.

Penerangan Bisnes Shaklee

Maaf saya tak dapat habiskan semua pasal bisnes Shaklee dalam artikal ini. Anda boleh baca di artikal yang lain.

Jika berminat untuk memilih bisnes yang sangat kuat ini, sila hubungi saya di 0199832339 untuk penerangan lanjut.

Wassalamualaikum w.b.t.













TAG